- Permohonan Pulang Bermalam (PB) dipohon oleh ibu/bapa/waris/penjaga sahaja dengan mengakses Login Penjaga. Sekiranya permohonan PB dilakukan atau disalahgunakan oleh pelajar, tindakan akan diambil berdasarkan Garis Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar kemaskini 2021 yang dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) MARA. Boleh Rujuk Jadual Pulang Bermalam (PB) Sesi Akademik 2026.
- PB TARIKH DIBENARKAN (PILIHAN) - Ada dalam perancangan takwim persekolahan. Permohonan selewat-lewatnya 3 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk proses KELULUSAN.
- PB BUKAN TARIKH DIBENARKAN - Tiada dalam perancangan takwim persekolahan. Permohonan mestilah selewat-lewatnya 3 hari sebelum tarikh yang dipohon untuk proses sama ada DILULUSKAN/TIDAK DILULUSKAN seperti urusan janjitemu doktor untuk rawatan pelajar, majlis perkahwinan ahli keluarga terdekat pelajar, urusan yang memerlukan kehadiran pelajar sendiri seperti urusan mahkamah dan lain-lain yang berkaitan. Muatnaik dokumen berkaitan sebagai sokongan permohonan tersebut. Selepas klik hantar, mohon maklum kepada Pengetua/Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar (TPPP).
- PB KES KECEMASAN - Permohonan segera(urgent) atas faktor kecemasan seperti pelajar dibenarkan PB oleh pengurusan maktab disebabkan mendapat cuti sakit (MC) yang panjang, ada ahli keluarga pelajar yang sakit tenat (nazak), kematian ahli keluarga terdekat pelajar dan lain-lain yang berkaitan. Muatnaik dokumen berkaitan (jika ada) sebagai sokongan permohonan tersebut. Selepas klik hantar, mohon maklum kepada Pengetua/TPPP/Ketua Warden Asrama (KWA).
- PB WAJIB – Ada dalam perancangan takwim persekolahan. Tiada sebarang permohonan diperlukan. Semua pelajar perlu mengosongkan bilik asrama untuk suatu tarikh yang telah ditetapkan seperti dalam perancangan takwim persekolahan.
- Permohonan Keluar Ke Bandar (Outing)/Mewakili Maktab dipohon oleh pelajar sendiri dengan mengakses Login Pelajar. Boleh rujuk Jadual Keluar Ke Bandar (Outing) Semester 1 2026. Sekiranya permohonan keluar ke bandar/mewakili maktab disalahgunakan oleh pelajar, tindakan akan diambil berdasarkan Garis Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar kemaskini 2021 yang dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) MARA.
- Ibu/bapa/waris/penjaga dan pelajar hendaklah sentiasa menyemak status permohonan yang telah dipohon bagi mengelakkan sebarang masalah semasa urusan keluar dan masuk maktab. Bagi urusan berkaitan permohonan PB, boleh rujuk kepada Pengetua/TPPP/KWA, manakala urusan keluar ke bandar (Outing) /mewakili maktab boleh rujuk guru asrama bertugas/guru penasihat yang berkenaan pada hari tersebut.
|